Temu Bual Bersama Encik Simon wakil J&T Bintangor
24 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniJ&T Bintangor yang telah beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2021 kini memudahkan urusan penduduk Bintangor untuk membuat penghantaran parcel. Jika sebelum ini, penduduk Bintangor yang ingin mengepos parcel menggunakan J&T terpaksa pergi ke bandar Sarikei kerana kurier J&T terdekat adalah di bandar Sarikei. PIK Meradong amat bertuah kerana berpeluang bertemu dan berkesempatan menemu bual seorang wakil J&T Bintangor iaitu Encik Simon. Walaupun sibuk dengan kerja, beliau sempat meluangkan sedikit masa bersama PIK Meradong bagi mempromosikan J&T Bintangor dan juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai peraturan dan item larangan oleh pihak kurier J&T. Pautan video temu bual bersama Encik Simon boleh ditonton di : FB Live
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: