Kelas Asas Microsoft Office (Sesi 2/21)
6 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 3 Disember 2021 hingga 5 Disember 2021 telah berlangsungnya kelas Asas Microsoft Office bagi Sesi 2/2021 selama 3 hari yang telah dihadiri seramai 4 orang peserta. Para peserta belajar beberapa modul pembelajaran seperti :-
- Pengenalan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Pengenalan Microsoft Word,
- Pengenalan Microsoft Excel,
- Pengenalan Microsoft PowerPoint,
- Presentasi tugasan keusahawanan,
- Menjawab soalan di Quizziz.com
Kelas ini diadakan bagi membantu peserta tentang pengenalan dalam menggunakan komputer yang terdapat banyak kegunaan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja habis belajar. Malah, penggunaan komputer juga sangat penting untuk setiap lapisan masyarakat kerana penggunaan komputer masa kini sangat penting untuk lapisan masyarakat yang bekerja berikutan Pandemik Covid19 yang masih aktif disekeliling kita pada masa ini. Kebanyakkan ramai masyarakat masa kini yang masih membuat kerja secara atas talian bagi mengurangkan penularan wabak ini, maka memang wajar, penggunaan komputer sangat penting untuk bekerja dan belajar. Maka pengenalan komputer yang minimum sangat diperlukan untuk setiap masyarakat yang memerlukan bagi menyelesaikan tugasan atau kerja hakiki. Oleh itu, kelas komputer sangat penting untuk semua golongan masyarakat pada masa kini dan untuk masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: