Notis Temu Janji Berurusan Di PIK Meradong
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKomuniti Meradong dinasihatkan untuk membuat temu janji sebelum berurusan di Pusat Internet Komuniti Meradong. Ini termasuklah urusan Online, Print, Typing, Kemaskini BPR dan lain -lain. Hal ini kerana peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh Malaysia sangat membimbangkan. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan penularan Pandemik Covid-19 di kawasan Meradong yang kini berstatus kuning. Temu janji boleh dibuat secara Online melalui Facebook page atau sms/whatsapp. Borang juga telah disediakan di pintu masuk untuk komuniti yang Walk In. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan mohon kerjasama komuniti Meradong untuk mematuhi SOP.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: