Daftar MySejahtera Check In
28 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniMySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Staf Pusat Internet Komuniti Meradong juga telah membantu seorang komuniti untuk membuat pendaftaran MySejahtera serta cara mendapatkan QR code Mysejahtera tersebut untuk membantu pihak KKM mengesan kontak yang datang ke kawasan premis / rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: