Tutorial ‘Remove Background’ Untuk Kegunaan Usahawan
25 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniLaman sesawang remove.bg adalah salah satu cara yang mudah untuk usahawan mengubahsuai sesebuah gambar produk. Staf Pusat Internet Komuniti Meradong telah membuat satu tutorial tentang laman sesawang tersebut bagi memudahkan pengguna yang ingin menggunakan cara yang mudah untuk membuang latar belakang gambar atau mengubahsuai gambar yang digunakan pengiklanan produk.
Malah, tutorial yang disampaikan juga adalah untuk membantu usahawan meningkatkan kreativiti usahawan atau pengguna itu sendiri selain mengelakkan usahawan menggunakan hasil gambar orang lain agar tidak berlaku salah guna copy right yang asal. Sebagai contoh, adanya laman sesawang yang sedia ada di Internet, pengguna boleh mencipta sebuah gambar produk tersendiri dengan hasil ubah suai sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: