Sembang Santai Bahasa Ibunda Ku Kerjaya Ku bersama Cikgu Doria Norris
27 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniCikgu Doria merupakan seorang guru berbangsa Iban yang mengajar di SK Lubok Assam, Julau. Beliau juga merupakan guru untuk subjek Bahasa Iban di sekolahnya. Semasa belajar di Maktab Perguruan Rajang, beliau termasuk dalam kumpulan pertama pengkhususan Bahasa Iban yang baharu diperkenalkan di Maktab Perguruan pada ketika itu. Sembang santai yang telah dijalankan ini berkolaborasi bersama PIK Taman Sepakat Jaya dan juga Cikgu Doria, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook PIK Taman Sepakat Jaya. Sembang santai ini focus kepada :
- Bagaimana timbulnya minat beliau dalam bidang pengkhusuan Bahasa Iban;
- Apakah syarat kelayakan untuk menjadi guru Bahasa Iban;
- Cara pengajaran Bahasa Iban yang diamalkan sepanjang berkhidmat;
- Bagaimanakah pembelajaran semasa PKP?;
- Silibus yang paling mencabar dalam subjek Bahasa Iban;
- Harapan Cikgu Doria terhadap bidang pengkhususan Bahasa Iban bagi meneruskan usaha untuk memartabatkan Bahasa Iban; dan
- Platform yang boleh digunakan untuk mempelajari Bahasa Iban.
Diharap dengan sembang santai yang telah dijalankan ini dapat membantu membuka ruang buat generasi baharu yang turut berminat dalam bidang pengkhususan Bahasa Iban terutamanya bagi pelajar lepasan SPM baru-baru ini. Pautan sembang santai boleh ditonton di : FB Video
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: