Sembang Santai Cabaran Pendidik Semasa Pandemik Covid-19 Bersama Dr. Alan Ting (Dean School of Computing & Creative Media UCTS)
27 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniMutu program pendidikan yang unggul serta pengurusan institusi penting dalam memartabatkan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) bertaraf dunia. UCTS komited untuk memudahkan akses pelajar ke pendidikan universiti bertaraf dunia yang berpatutan yang memupuk pemimpin kreatif dan keusahawanan melalui pendidikan luas dalam sains dan teknologi sambil menggabungkan faedah kerjaya pendekatan yang diterapkan untuk penyelidikan dan peluang kerjaya yang berkaitan dengan SCORE. Sembang santai yang telah dijalankan ini berkolaborasi bersama PIK Taman Sepakat Jaya dan juga Dr. Alan Ting merupakan Dekan School of Computing & Creative Media dari UCTS, Sibu secara langsung di laman Facebook PIK Taman Sepakat Jaya. Sembang santai ini focus kepada :
- Serba ringkas mengenai UCTS Sibu;
- Apa itu School of Computing & Creative Media dan program yang ditawarkan;
- Bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di UCTS semasa PKP;
- Perkongsian mengenai cabaran yang dihadapi dalam pembelajaran atas talian;
- Bagaimana pihak UCTS mengendalikan peperiksaan akhir semasa pandemic Covid-19?;
- Apakah inisiatif yang dilakukan oleh UCTS untuk mengatasi cabaran ini? ;
- Perbezaan ketara di antara pengajaran secara bersemuka dan pengajaran atas talian; dan
- Mengenai PPV di UCTS.
Diharap dengan sembang santai yang telah dijalankan ini dapat menjawab segala persoalan mengenai cabaran menjadi pendidik semasa pandemic Covid-19 dan inisiatif yang telah diambil oleh pihak UCTS untuk mengatasi cabaran ini. Pautan sembang santai boleh ditonton di : FB Video
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: