Kemaskini Maklumat Melalui Laman Web Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat
3 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniBPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021. Ramai yang datang ke Pusat Internet Komuniti Meradong, terutamanya golongan warga tua untuk mengemaskini BPR mereka. Staf Pusat Internet Komuniti Meradong sedia membantu komuniti sekiranya terdapat keraguan semasa mengemaskini. Perlu diingatkan, penerima BPR sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah skim MySalam yang menyediakan bantuan RM8,000 sekiranya didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Sepanjang kemaskini BPR 2021 dilakukan, komuniti juga dinasihatkan mengamalkan Norma baharu ketika berada di Pusat Internet Komuniti Meradong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: