Kelas Asas Microsoft Office (G2/2022)
8 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 5 hingga 7 Oktober baru-baru ini, seramai 6 orang peserta telah menyertai Kelas Asas Microsoft Office bagi sesi 2/2022. Kelas ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang yang diadakan selama 3 hari
Para peserta belajar beberapa modul pembelajaran seperti
- Pengenalan Kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
- Pengenalan Kepada Asas Komputer dan Teknologi Maklumat
- Modul Klik Dengan Bijak dan Advokasi
- Asas Microsoft Office Word
- Asas Microsoft Office Excel
- Asas Microsoft Office Powerpoint
Selain itu, para peserta juga diajar tentang teknik pembentangan yang berkesan dan membentangkan hasil kerja yang telah ditugaskan kepada mereka. Diharap ilmu yang dipelajari semasa kelas ini dapat membantu para peserta dalam membuat tugasan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: