ShopeeUni Pertengahan (Naik Taraf Kedai Shopee Anda) x Sarawak Digital Mall
10 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 09 September 2022, Staff PEDi bersama Rakan Digital telah menyertai taklimat ShopeeUni Pertengahan Naik Taraf Kedai Shopee Anda. Webinar ini memperkenalkan kempen Sarawak Digital Mall khas untuk penjual Sarawak. Melalui kempen ini penjual di Shopee akan mendapat baucer diskaun untuk menarik lebih banyak pelanggan. Antara pengisian dalam taklimat ini ialah:
- Kriteria-kriteria Penjual Pilihan
- Alat untuk Menambah Baik Prestasi Kedai Shopee Anda
- Program untuk Menambah Baik Prestasi Kedai Shopee Anda
Tenaga pengajar kali ini ialah Cik Faezah Farhana, merupakan ShopeeUni Trainer @Shopee Malaysia Sdn Bhd. Beliau telah menjelaskan segala proses dengan lengkap dan mudah untuk difahami untuk para peserta. Segala persoalan dan pertanyaan yang diajukan pada chat box dapat jelaskan dengan baik untuk rujukan semua staff yang hadir.
Diharap taklimat ini dapat membantu jurulatih PEDi meningkatkan kemahiran untuk melatih para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan sekaligus mendigitalkan perniagaan mereka menggunakan shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: