Taklimat untuk Jurulatih PEDi (Zon Selatan, Sabah & Sarawak) MCMC x Shopee
10 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 09 September 2022, Penolong Pengurus PEDi bersama Rakan Digital telah menyertai taklimat ShopeeUni asas dan pertengahan untuk jurulatih PEDi. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan cara pengunaan dan proses pada aplikasi shopee kepada staff PEDi yang baharu bagi menambah tenaga jurulatih yang berkemahiran. Antara pengisian dalam taklimat ini ialah:
- Cara Persediaan Kedai
- Cara Memasarkan Kedai
- Cara menggunakan Seller Centre
- Cara menghantar Pesanan
- Cara Menguruskan Kewangan daripada Penjualan Anda
Tenaga pengajar kali ini ialah Cik Faezah Farhana, merupakan ShopeeUni Trainer @Shopee Malaysia Sdn Bhd. Beliau telah menjelaskan segala proses dengan lengkap dan mudah untuk difahami untuk para peserta. Segala persoalan dan pertanyaan yang diajukan pada chat box dapat jelaskan dengan baik untuk rujukan semua staff yang hadir.
Diharap taklimat ini dapat membantu jurulatih PEDi meningkatkan kemahiran untuk melatih para usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan sekaligus mendigitalkan perniagaan mereka menggunakan shopee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: