Kemaskini Bantuan ( BKM )
14 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniBKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Tarikh permohonan baharu atau pengemaskinian maklumat Bantuan ( BKM ) mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 sedang giat dilakukan. BKM mempunyai 3 kategori yang layak iaitu kategori isi rumah, Kategori warga emas bujang atau tiada pasangan dan kategori bujang.
Pada hari ini, beberapa penduduk warga tempatan datang berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi ) Meradong untuk membuat kemaskini BKM dengan cara norma baru. Malah, ada penduduk yang membuat pendaftaran baharu berikutan tiada rekod dalam pangkalan sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: