Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi 3
17 April 2022 | Aktiviti TerkiniKursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah kursus yang dibuat khas kepada pengendali makanan di seluruh Malaysia. Kursus ini adalah merupakan kursus yang diprogramkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengendali makanan yang di maksudkan oleh KKM ini adalah mereka yang mengendalikan makanan untuk tujuan komersial atau jualan.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat dijaga dan akhirnya pelanggan berpuas hati dengan cara pengendalian makanan yang terjaga dan bersih.
Pada tarikh 16 April 2022 bermula jam 9.30 pagi, pihak penganjur telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara atas talian untuk warga tempatan yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Meradong. Kursus yang hanya mengambil masa 3 jam diikuti 7 orang peserta yang berdaftar telah berjalan dengan lancar. Peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik pada hari kursus diadakan. Peserta juga diberi beberapa latihan bagi memberi pemahaman yang baik tentang objektif kursus tersebut dijalankan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: