Panduan Menggunakan Aplikasi S Pay Global
16 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKerajaan Sarawak menerusi Sarawak Multimedia Authority telah melancarkan S Pay Global untuk memacukan ekonomi Sarawak melalui inisiatif ekonomi digital, serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak. Seperti juga e-Wallet yang lain, apa yang perlu anda lakukan ialah imbas dan bayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan S Pay Global atau pada bil anda.
S Pay Global memudahkan proses menerima dan membuat bayaran untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar. Untuk memastikan penyertaan dari penduduk luar bandar, S Pay Global dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (agen-agen yang diberi kuasa BSN) di tempat-tempat tiada akses kemudahan perbankan seperti mesin juruwang automatik (ATM).
Di dalam sesi Live, Pengurus menerangkan mengenai 4 topik utama iaitu :
- Apa itu S Pay Global dan fungsinya;
- Cara memuat turun aplikasi S Pay Global;
- Cara membuat pendaftaran S Pay Global; dan
- Cara tambah nilai S Pay Global
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: