Program Taklimat Pengurusan Rukun Tetangga
21 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniSkim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada20 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga ( RT ) adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Konsep Rukun Tetangga seterusnya mengalami fasa perubahan selaras dengan peredaran semasa sosio-ekonomi negara.
Seramai lebih 40 peserta yang menghadiri Program Taklimat Pengurusan Rukun Tetangga (RT) yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dari sarikei untuk warga sekitar Meradong. Perkara yang diketengahkan semasa taklimat adalah berkaitan pengurusan perbelanjaan persatuan rukun tetangga. Mereka telah diberi tunjuk ajar mengenai pengiraan perbelanjaan menggunakan sistem malah mereka juga diberi tunjuk ajar membuat pengiraan perbelanjaan secara manual bagi memudahkan persatuan RT yang kurang liputan rangkaian untuk mengakses sistem. Melebihi 5 kelab RT sekitar Meradong yang turut memberi komitmen menghadiri program tersebut.
Setiap kelab RT menghadiri program mengikut sesi yang telah dirancang secara terperinci oleh pihak penganjur bagi mengelakkan terlalu ramai yang datang ke PEDi Meradong. Hal ini bagi mengurangkan penularan wabak yang masih aktif di sekeliling kita pada masa kini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: