Kelas Whatsapp Business ( Quick Reply )
15 April 2022 | Aktiviti TerkiniWhatsapp Business adalah salah satu aplikasi yang digunakan bagi memudahkan usahawan dalam urusan perniagaan. Terutamanya apabila ada pelanggan yang ingin berurusaan jual beli secara atas talian. Antara kelebihan yang ada dalam menggunakan Whatsapp business dalam perniagaan antaranya adalah :
- Profil bisnes
- Short link
- Messaging tools
- Away message
- Greeting message
- Quick reply
- Katalog
- Label
Banyak lagi kelebihan lain yang boleh digunakan menggunakan whatsapp business ini berbanding dengan whatsapp biasa agar boleh digunakan dengan cepat dan mudah. Masih ramai peniaga diluar sana yang tidak menukar whatsapp menggunakan whatsapp business itu sendiri. Malah, ada peniaga yang menggunakan tetapi tidak menggunakan secara menyeluruh. Sedangkan fungsi-fungsi yang ada memang sesuai terutamanya untuk peniaga online atau berurusan melalui whatsapp.
Pada kelas minggu ini, peserta telah diajar mengenai sub topik Quick reply dalam whatsapp business. Sub topik ini adalah untuk memudahkan peniaga untuk mengaktifkan automatik reply atau maklum balas mesej yang telah disetkan dengan keyword tertentu. Dengan adanya quick reply ini,pelanggan tidak perlu untuk menunggu lama balasan mesej daripada peniaga, peniaga juga tidak perlu menaip banyak kali ayat yang berulang setiap kali pelanggan mengajukan soalan dalam jual beli. Hanya menggunakan quick reply yang sudah diset, kita boleh memberi maklumbalas dengan cepat dan mudah.
Oleh sebab itu, penting untuk peniaga-peniaga diluar sana menggunakan aplikasi whatsapp business ini dalam perniagaan seharian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: