Latihan Minit Mesyuarat (G5)
25 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Meradong dengan kerjasama Persatuan Tuai-Tuai Rumah Daerah Meradong telah mengadakan sebuah program khas iaitu belajar menaip minit mesyuarat. Program ini bertujuan melatih tuai rumah dan juga setiausaha untuk menaip minit mesyuarat mengikut format yang diminta oleh pihak Pejabat Daerah.
Program ini akan dijalankan sepanjang bulan Mei dan Jun dimana mereka akan dibahagi kepada beberapa kumpulan. Anggaran peserta untuk program ini adalah seramai 100 orang. 1 kumpulan akan menjalani program ini selama 2 hari.
Pada 23 dan 24 Mei 2022, kumpulan pertama yang disertai oleh Tuai Rumah dan Setiausaha JKKK atau wakil iaitu :
- Rh. Mery
- Rh. Anggok
- Rh. Senaun
- Rh. Anthony Empati
- Rh. Lampong
- Rh. Inpa
telah selesai menjalani program menaip minit mesyuarat dengan jayanya. Diharap para peserta akan mengaplikasikan kemahiran yang telah diajar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: