Panduan Membuat Resume
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniResume adalah suatu pengenalan diri yang disusun padat bagi menerangkan secara ringkas mengenai seseorang individu. Resume juga adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu mengetahui mengenai diri seseorang berkaitan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut.
Antara butiran yang perlu ada di resume antara adalah :
- Objektif pekerjaan
- Maklumat peribadi
- Pengalaman bekerja
- Latar belakang pendidikan
- Penglibatan / Pencapaian
- Kemahiran / Kebolehan
- Rujukan
Oleh itu, bagi menghasilkan resume yang baik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, butiran seperti di atas sangat penting bagi memohon sesuatu pekerjaan. Hal ini kerana resume adalah medium perbandingan antara seseorang individu dengan individu yang lain. Resume yang menarik dari segi kepentingan yang dinilai oleh majikan yang akan dipilih. Dengan resume, majikan tersebut lebih mudah untuk membuat pemilihan dan perbandingan. Ia turut menjadi persepsi awal sesebuah majikan dalam menilai kebolehan dan kelebihan yang ada pada seseorang individu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: