Kelas Asas Shopee
24 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2022, Pengurus PEDi bersama Rakan Digital Meradong telah membantu usahawan untuk membuat Shopee Seller Account. Usahawan tersebut ialah Puan Siti yang mana beliau berniaga kain sulam bertanda pelbagai corak/motif mengikut permintaan tempahan. Manakala Puan Nur Syafiqah dan Puan Corina pula mengemaskini akaun Shopee mereka. Antara pengisian dalam kelas ini ialah :
- Pengenalan kepada platform Shopee
- Pendaftaran akaun Shopee
- Pendaftaran kedai dalam aplikasi Shopee
- Pengenalan kepada Shopee Seller Centre
- Memuatnaik produk ke dalam Shopee
Selain itu, kami juga turut berkongsi idea dengan para usahawan untuk membuat teknik pengambaran produk agar kelihatan cantik dan mampu menarik minat para pembeli. Para usahawan juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara pembungkusan produk sekiranya mereka mendapat tempahan dari Shopee kelak.
Diharap kelas ini dapat membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan sekaligus mendigitalkan perniagaan mereka menggunakan platform e-commerce yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: