Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi 2
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 26 Mac 2022, pihak penganjur telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi 2 juga secara atas talian untuk warga tempatan yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Meradong. Kursus yang hanya mengambil masa 3 jam diikuti 34 orang peserta telah berjalan dengan lancar. Peserta telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik pada hari kursus diadakan. Peserta juga diberi beberapa latihan bagi memberi pemahaman yang baik tentang objektif kursus tersebut dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus adalah menjawab soalan yang diberikan secara google form mengikut kefahaman peserta. Malah peserta juga diberi tugasan melalui pemerhatian peserta melalui satu video daripada Youtube. Setiap peserta digalakkan untuk membuat tugasan yang telah diberikan. Dan pada akhir program, peserta akan menjalani satu ujian untuk menguji pemahaman keseluruhan peserta terhadap kursus pada hari tersebut.
Program ini sangat penting bagi mereka yang ingin membina satu perniagaan yang berkaitan untuk menjaga keselamatan serta kebersihan makanan. Pelanggan berpuas hati dengan jualan, maka permintaan pun akan meningkat dan juga mampu memberi keuntungan kepada perniagaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: