Lawatan Kerja YB Datuk Ding Kuong Hiing ADUN N.46 Meradong
1 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 1 Julai 2022 (Jumaat) yang lalu, PEDi Meradong telah menerima lawatan kerja dari Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing, ADUN N.46 Meradong yang diiringi oleh Encik Adiman Ajem, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sarawak. Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing dibawa untuk melihat pameran produk usahawan PEDi Meradong dan berbual sendiri dengan para usahawan mengenai produk yang mereka pamerkan.
Seramai 4 orang usahawan PEDi Meradong yang menyertai mini pameran produk usahawan. Antara produk yang dipamerkan adalah pelbagai jenis biskut, air minuman, barangan kraftangan manik dan juga ikan laga. Usahawan tersebut ialah :
- Puan Puspa Sari Binti Rosli (Biskut)
- Puan Asyeekin Binti Tahir (Aek Gantung Bintangor)
- Puan Nur Syafiqah Michael Abdullah (Kraftangan Manik dan Sulaman)
- Encik Jerry Anak Junat (Ikan Laga)
Selesai sahaja melihat mini pameran produk usahawan, Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing dan para hadirin dijemput ke bilik latihan untuk mendengar pembentangan slaid dari Pengurus PEDi Meradong, Audrey Anak Juna. Pembentangan tersebut berkenaan dengan info dan maklumat tentang PEDi Meradong dari awal penubuhannya sehingga kini. Diakhir sesi lawatan, Encik Adiman Ajem dijemput untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing. Lawatan kerja selesai pada jam 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: