Kursus AgroBazaar Online FAMA
12 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniAgroBazaar Online merupakan satu program di mana menjadi salah satu platform bagi memasarkan produk pertanian dan Industri Makanan melalui e-dagang yang menjadi ruang pasaran pada masa kini. Ciri-ciri Portal AgroBazaar Online:
- Paparan antaramuak yang ditambahbaik
- Portal dan Aplikasi mesra pengguna
- Pelbagai Kategori Produk Agromakanan dan Perkhidmatan
- Pelbagai pilihan saluran pembayaran atas talian
- Perkhidmatan penghantaran bersepadu
Usahawan yang hadir pada hari ini adalah seramai 16 peserta. Kebanyakkan produk yang dijual seperti keropok ikan, Ikan laga, ayam gunting, minyak wangi, jurukecantikan, peralatan dapur dan pelbagai produk lagi. Usahawan dilatih oleh staf FAMA dalam membina kedai E-dagang sendiri melalui atas talian iaitu Portal AgroBazaar Online. Usahawan juga turut dibimbing dalam membuat akaun sendiri di dalam portal dan mendirikan kedai dalam talian masing-masing. Mereka juga tidak perlu membuat pembayaran yuran langanan. Mereka hanya perlu menyelesaikan beberapa langkah mudah untuk mendirikan kedai e-dagang sendiri.
Saluran pembayaran bersepadu menggabungkan pelbagai pembayaran digital seperti e-wallet, potongan diskaun dan banyak lagi yang membantu anda membezakan perniagaan anda dengan yang lain dengan tambahan nilai. AgroBazaar juga telah bekerjasama dengan platform lain seperti Shopee dan Lazada. Oleh itu, kepada usahawan atau pun peniaga-peniaga yang diluar sana yang ingin mengembangkan produk, ini adalah peluang yang terbaik. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Meradong juga mempunyai perkhidmatan seperti memberi bimbingan kepada usahawan warga tempatan dalam memberi latihan keusahawanan, memberi perkhidmatan dalam penggunaan digital dan pelbagai latihan disediakan bagi membantu usahawan meningkatkan dan menambahbaik produk mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: