Kelas Asas Shopee
26 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Ogos 2022, PEDi Meradong bersama Rakan Digital dan Pusat Komuniti Digital Bintangor telah mengadakan Kelas Asas Shopee kepada para usahawan di sekitar Bintangor. Kelas Asas Shopee ini dibuat untuk usahawan yang ingin mendigitalkan perniagaan mereka menggunakan platform Shopee. Antara pengisian dalam kelas ini ialah :
- Pengenalan kepada platform Shopee
- Pendaftaran akaun Shopee
- Pendaftaran kedai dalam aplikasi Shopee
- Pengenalan kepada Shopee Seller Centre
- Memuatnaik produk ke dalam Shopee
Selain itu, kami juga turut berkongsi idea dengan para usahawan untuk membuat teknik pengambaran produk agar kelihatan cantik dan mampu menarik minat para pembeli. Para usahawan juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara pembungkusan produk sekiranya mereka mendapat tempahan dari Shopee kelak. Diharap kelas ini dapat membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan sekaligus mendigitalkan perniagaan mereka menggunakan platform e-commerce yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: