Lawatan Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Kemas Jalan Chung San, Bintangor
01 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 30 September 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Meradong telah menerima lawatan dari Pusat Pendidikan Kanak-kanak KEMAS Jalan Chung San. Lawatan ini telah dihadiri oleh 20 orang pelajar dan 2 guru pengiring. Hasil daripada lawatan ini, mereka telah diberikan pendedahan berkaitan kemudahan di PI dan pendedahan ringkas mengenai pengetahuan asas ICT.
Dalam lawatan ini, pelajar telah diberi peluang menggunakan kemudahan komputer dan belajar untuk mengenali huruf dan nombor yang terdapat pada papan kekunci. Aktiviti menaip huruf menggunakan komputer sangat mengujakan mereka terutamanya bagi pelajar yang pertama kali menggunakan peralatan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: